Kepada :
Semua pemimpin dan ahli pengakap
Pergerakan Pengakap Kumpulan ke-49 (Terbuka) Kota Lelayang 4 JUN 2011
Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
Jemputan untuk Menghadiri Mesyuarat Agung bagi Tahun 2011 dan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-3 Pergerakan Pengakap Kumpulan ke-49 (Terbuka) Kota Lelayang
Berhubung dengan perkara di atas, Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-49 (Terbuka) Kota Lelayang akan mengadakan Mesyuarat Agung bagi tahun 2011 dan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-3 pada 14 Ogos 2011 (Ahad) di Kelab Belia Yu Ai Tampin pada masa yang berikutnya.
Mesyuarat Agung : 8.30 pagi hingga 10.00 pagi
Majlis Sambutan Ulang Tahun : 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
2. Dengan sukacitanya, saudara/saudari/tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung dan majlis tersebut. Segala pertanyaan atau kemusyikilan sila hubungi:
TAN WEOI TAR 0176600717
LEE KANG LIAN 0162118927
LOW SIM YEE 0176587023
3. Kerjasama dan penglibatan saudara/saudari/tuan/puan adalah amat diperlukan bagi perbincangan urusan dan aktiviti kumpulan kita, di samping menjayakan dan memeriahkan lagi Majlis Sambutan Ulang Tahun ini. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas pertimbangan tuan/puan/saudara/saudari.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI PENGAKAPAN"
Disediakan oleh,
LOW SIM YEE
Setiausaha
Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-49 (Terbuka) Kota LelayangAlor Gajah, Melaka.
No comments:
Post a Comment